Archive for January, 2020

Kem Motivasi Kadet Polis Diraja 2019

Guru Penasihat                        : Encik Teh Eng Seng

                                                  Puan Cheng Sook Koon

  • Tujuan:  
  1.  Meningkatkantahapprestasi para ahli Kor Kadet Polis semasa menyeberangi pelbagaicabaran.
  2. Memupuk semangat berpasukan antara ahli Kor Kadet Polis sekolah.

 

  • Objektif:
  1.  Mengeratkan hubungan antara ahli Kor Kadet Polis sekolah.
  2. Meningkatkan tahap disiplin ahli Kor Kadet Polis sekolah dalam menjalankan aktiviti.
  3.  Meningkatkan tahap kecekapan para ahli Kor Kadet Polis sekolah.
  4.  Meningkatkan daya kepimpinan para ahli Kor Kadet Polis sekolah.

 

Belakangan ini, Kor Kadet Polis sekolah telah mencapai pelbagai kejayaan dalam pertandingan. Walau bagaimanapun, prestasi para ahli Kor Kadet Polis sekolah masih lagi dalam tahap yang tidak memuaskan. Untuk membina imej ahli Kadet Polis sekolah yang lebih mantap dan melatih para ahli Kor Kadet Polis sekolah agar lebih berkeyakinan dalam menghadapi pelbagai cabaran, Kem ini merupakan batu loncatan bagi para ahli Kor Kadet Polis sekolah dalam meningkatkan prestasi mereka. Kem ini diadakan adalah untuk membina jati diri dalam kalangan ahli Kor Kadet Polis sekolah di samping mengeratkan silaturahim antara para ahli Kadet Polis sekolah. Melalui aktiviti ini, para ahli Kor Kadet Polis sekolah akan didedahkan dengan pelbagai pihak teknik dan ciri-ciri seorang ahli Kor Kadet Polis yang berkebolehan dan bekerjasama. Disiplin para ahli Kor Kadet Polis sekolah akan ditingkatkan menerusi aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan dan nescaya prestasi para ahli Kor Kadet Polis di sekolah akan melonjak ke arah yang lebih mantap dan cemerlang.

 

Semua ahli kadet polis berkumpul di DS1 pada pukul 7 pagi untuk persediaan majlis perasmian dan diberikan kumpulan.

Pengerusi Kem menghadiahkan cenderamata kepada guru penasihat kadet polis sebagai tanda penghargaan.

Semua kadet polis menjalankan latihan fizikal di gelanggang bola keranjang dan bangunan wawasan untuk meningkatkan stamina.

Aktiviti ini ialah salah satu aktiviti untuk melatihkan daya kecekapan ahli.

Aktiviti ini dilakukan untuk memupuk perpaduan antara ahli dalam kumpulan yang terdiri daripada pelbagai sekolah.

Majlis penutupan dijalankan dengan pemberian hadiah kepada kumpulan yang cemerlang.

No Comments »

Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah 2019

Ahli perempuan Kadet Polis melibatkan dalam pertandingan daerah kawad kaki dan memenangi tempat kedua.

.

Ahli perempuan Kadet Polis bergambar dengan guru penasihat mereka,Pn Cheng.

No Comments »

Rancangan Tahunan 2019

PERANCANGAN TAHUNAN AKTIVITI BADAN KOKURIKULUM

KADET POLIS DIRAJA MALAYSIA TAHUN 2019

 

Guru Penasihat :      

1.  EN TEH ENG SENG                         

 2.  PN CHENG SOOK KOON                

 

 

 

Bil. Aktiviti Objektif Tarikh Pelaksanaan Kumpulan Sasaran
1 Latihan Kawad  Kaki –     Bekerjasama dalam pasukan untuk membentuk keseragaman perlakuan dan tindakan Setiap hari Jumaat sepanjang  tahun Semua ahli
2 Hari Sukan Tahunan –     Berlatih untuk mewakili sekolah dalam kejohanan 3 Mei 2019 Ahli yang ditentukan
3 Kem Kadet Polis –     Mengeratkan hubungan 1 Jun 2019 dan

2 Jun 2019

Semua ahli
4 Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah –  Meningkatkan kualiti kadet polis 17 Jun 2019 Ahli yang ditentukan
5 Mesyuarat Agung Tahunan i)         Pemilihan dan perlantikan AJK baru

ii)       Menyerah tugas kepada AJK baru

21 Jun 2019 Semua ahli
6 Majlis Perpisahan –     Mengadakan majlis perpisahan untuk ahli yang akan tamat persekolahan Cuti hujung tahun 2019 Semua ahli

 

 

 

No Comments »