Archive for February, 2022

Kem Motivasi Kadet Polis Diraja 2021

Guru Penasihat
: Encik Teh Eng Seng
: Encik Lim Eng Lye
: Encik Tan Chee Kheng
: Encik Lau Teik Hua
: Encik Cheah Yew Hong
: Encik Chai Yee Wah
: Encik Chuah Poh Sin
: Encik Lee Hoong
: Encik Dan Yew Yee
: Encik Husainie b. Hamdan
: Encik Muhamad Supian b. Bedullah
: Puan Saw Ee Lyn
: Puan Khoo Lee Lee
: Puan Chen Cheau Yun
: Puan Khor Ai Ni
: Puan Cheng Sook Koon
: Puan Lim Gwek Sin
: Puan Lim Phaik Lean
: Cik Neoh Jia Yunn
: Cik Tan Shiow Hui
: Puan Leong Kam Yoke

 

  • Tujuan
    1. Meningkatkan tahap prestasi para ahli Kor Kadet Polis semasa menyeberangi pelbagai cabaran.
    2. Memupuk semangat berpasukan antara ahli Kor Kadet Polis sekolah.

 

  • Objektif
    1. Mengeratkan hubungan antara ahli Kor Kadet Polis sekolah.
    2. Meningkatkan tahap disiplin ahli Kor Kadet Polis sekolah dalam menjalankan aktiviti.
    3. Meningkatkan tahap kecekapan para ahli Kor Kadet Polis sekolah.
    4. Meningkatkan daya kepimpinan para ahli Kor Kadet Polis sekolah.

 

Belakangan ini, Kor Kadet Polis sekolah telah mencapai pelbagai kejayaan dalam pertandingan. Walau bagaimanapun, prestasi para ahli Kor Kadet Polis sekolah masih lagi dalam tahap yang tidak memuaskan. Untuk membina imej ahli Kadet Polis sekolah yang lebih mantap dan melatih para ahli Kor Kadet Polis sekolah agar lebih berkeyakinan dalam menghadapi pelbagai cabaran, Kem ini merupakan batu loncatan bagi para ahli Kor Kadet Polis sekolah dalam meningkatkan prestasi mereka. Kem ini diadakan adalah untuk membina jati diri dalam kalangan ahli Kor Kadet Polis sekolah di samping mengeratkan silaturahim antara para ahli Kadet Polis sekolah. Melalui aktiviti ini, para ahli Kor Kadet Polis sekolah akan didedahkan dengan pelbagai pihak teknik dan ciri-ciri seorang ahli Kor Kadet Polis yang berkebolehan dan bekerjasama. Disiplin para ahli Kor Kadet Polis sekolah akan ditingkatkan menerusi aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan dan nescaya prestasi para ahli Kor Kadet Polis di sekolah akan melonjak ke arah yang lebih mantap dan cemerlang.

 

Pembentangan kumpulan masing-masing semasa Kem Motivasi Kadet Polis Diraja 2021.

Ahli Kadet Polis Diraja melibatkan diri dalam Kem Motivasi Kadet Polis Diraja 2021.

Ahli Kadet Polis Diraja sedang menjawab kuiz melaluiĀ  “Google Form”.

 

 

 

 

No Comments »